Semalam satu laporan kes seorang bapa kesal apabila mendapati bayinya mempunyai kesan gigitan yang dahsyat di seluruh tubuh dipercayai digigit ketika pengasuh sedang leka membancuh susu.
Menurut si bapa, dia dan isterinya hanya mengetahui kejadian tersebut setelah datang untuk mengambil anak mereka di sebuah taska di Kajang.
Apa yang membuatkan dia kesal, pengurus taska terbabit tidak mahu bertanggungjawab atas kejadian tersebut, malah mencabar si bapa melaporkannya kepada polis.
Itu cerita semalam. Hari ini, melalui akaun Facebook Sukan Star TV, seorang individu turut berkongsi kisah tentang nasib yang menimpa anak kakaknya ketika dijaga sebuah taska di Batu Caves, Selangor.
“Anak kakak saya patah tangan di sebuah taska di Pinggiran Batu Caves. Masa suami kakak saya pergi ambil anak dia, pengasuh tak cakap apa-apa.
“Bila balik rumah time nak dukung tu, tengok tangan anaknya terkulai dan dia menangis. Kakak saya pergi check doktor rupanya tangan patah,” ceritanya.
Apa yang dikesalkan, selepas dihubungi barulah wakil taska terbabit memberitahu seorang kanak-kanak telah duduk di atas tangan anak kakaknya itu.
Alamak… rasanya dah banyak sangat kes kecuaian membabitkan taska dilaporkan.
Kadang-kadang perkara macam ini ‘bermusim’ jadi diharapkan tak adalah kisah bayi dan kanak-kanak cedera atau maut di taska kerana kes kecuaian dilaporkan lagi hendaknya.
Apa-apa pun sebelum ada laporan sedemikian, kementerian berkaitan diharapkan dapat memantau tahap keselamatan di taska seluruh negara sebagai langkah pencegahan.
Sumber : mynewshub
Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia
2000s
Klik LIKE or UNLIKE Untuk Baca..Jika GAGAL, Refresh dan Cuba Semula..TQ!
Popular Posts
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini...
-
Gambar isteri Bront Palarae yang cun melecun - 31 Ogos 2013 merupakan tarikh keramat bagi pelakon macho Bront Palarae selepas dia kini sah b...
-
Berwajah cantik....maklumlah orang Lubnan.... Nampaknya citarasa Ketua Menteri Sarawak ni bukan pada orang Melayu..... Biodata Puan Sri R...
-
KOTA KINABALU: Dua maut dan empat cedera manakala 10 lain selamat apabila sebuah pesawat ringan DHC-9 Twin Otter milik MASwings terhempas di...
-
Alor Gajah: “Biarpun keletihan namun suami sempat bergurau senda dengan dua anak Mohd Iman Waarith, 4, dan Mohd Iwan Waarith, 2, sebelum ter...
Kategori Berita
Blog Archive
- 04/05 - 04/12 (58)
- 03/29 - 04/05 (27)
- 10/06 - 10/13 (25)
- 09/29 - 10/06 (27)
- 09/22 - 09/29 (16)
- 09/15 - 09/22 (14)
- 09/08 - 09/15 (26)
- 09/01 - 09/08 (28)
- 08/25 - 09/01 (7)
- 08/18 - 08/25 (22)
- 08/11 - 08/18 (10)
- 08/04 - 08/11 (5)
- 07/28 - 08/04 (3)
- 06/30 - 07/07 (2)
- 06/23 - 06/30 (2)
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Taska Cuai, Bayi Balik Dengan Tangan Patah dan Hampir Maut!"