Nasi yang terakhir Yat tinggalkan buat isteri tersayang.
Awak sentiasa tahu Yat tak akan makan sebelum awak makan.
Terima kasih sudi menjadi isteri Yat yang IKHLAS..
Cuma awak dan awak hingga akhir.
Demi Allah, suamimu yang malang.
Yang terlalu rindukan EMAK !
Assalamualaikum…
Demikian antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki yang ditemui mati tergantung di rumah kedai di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor Bahru, jumaat.
Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui bersama kabel elektrik berjerut di lehernya pada jam 9 pagi oleh anak perempuan bongsunya yang berumur 8 tahun di dapur.
Menurut isteri mangsa yang berumur 38 tahun, dia terkejut apabila anak bongsu mengejutkannya daripada tidur dan memberitahu bapanya tergantung di dapur.
Memetik Harian Metro, pada malam sebelum kejadian, isterinya pulang ke rumah jam 2 pagi selepas selesai berniaga di bazar karat dan mendapati suaminya tiada di rumah tetapi dia pulang tidak lama kemudian.
Isteri mangsa, 38, berkata, sejak kebelakangan ini, suaminya sering merungut tentang masalah peribadi yang dihadapinya.
“Kadang kala dia turut menggunakan senjata tajam untuk mengugut mencederakan dirinya. Saya juga ada menegurnya agar jangan terlampau tertekan dengan masalah-masalahnya itu,” katanya.
Menurutnya lagi, berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa pada awal pagi sebelum kejadian dan mangsa juga cuba mengugut untuk mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau.
“Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas oleh suami. Saya mahu keluar namun pintu rumah di bahagian depan dan belakang telah dikunci suami.
“Saya yang keletihan kerana berniaga dari lewat petang terus masuk tidur. Namun pagi ini saya dikejutkan dengan kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rahmat Othman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti. Siasatan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan fizikal kecuali di leher akibat tergantung,” katanya.
Sumber : mynewshub
Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia
Related Post
Dihimpit tekanan hidup,dugaan silih berganti...sering diuji selalu diduga.. Dihimpit tekanan hidup,dugaan silih berganti...sering diuji selalu diduga..Namun inilah di namakan kehidupan.. B…
6 Mayat Dibawa Keluar Dari Lokasi Nahas Helikopter SEMENYIH- Kesemua mayat mangsa nahas helikopter di sini dikeluarkan dari lokasi kejadian pada kira-kira 11.30 Sabtu m…
Taska Cuai, Bayi Balik Dengan Tangan Patah dan Hampir Maut!Semalam satu laporan kes seorang bapa kesal apabila mendapati bayinya mempunyai kesan gigitan yang dahsyat di seluruh tu…
“Tolonglah jangan buat IC saya macam tu” Dalam satu video yang dimuat naik oleh Facebook My Media Hub, dia merayu agar gambar MyKad miliknya tidak disebarkan l…
Sedih..Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh DiriNasi yang terakhir Yat tinggalkan buat isteri tersayang.Awak sentiasa tahu Yat tak akan makan sebelum awak makan.Terima …
499s
Klik LIKE or UNLIKE Untuk Baca..Jika GAGAL, Refresh dan Cuba Semula..TQ!
Popular Posts
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini...
-
Sebelum ini, seorang wanita telah tampil menemui Berita Harian dan mendedahkan apa yang didakwanya perilaku sebenar pelawak popular yang dik...
-
Sebaran mengenai tragedi nahas helikopter di Semenyih mula tersebar dengan menyaksikan beberapa keping foto ditempat kejadian turut terseb...
-
5 Gambar Lelaki Khunsa, Hafizal Hussain | Kad pengenalan dan beberapa gambarnya seorang lelaki khunsa telah menjadi viral di laman sosial ...
-
BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekit...
Kategori Berita
Blog Archive
- 04/05 - 04/12 (58)
- 03/29 - 04/05 (27)
- 10/06 - 10/13 (25)
- 09/29 - 10/06 (27)
- 09/22 - 09/29 (16)
- 09/15 - 09/22 (14)
- 09/08 - 09/15 (26)
- 09/01 - 09/08 (28)
- 08/25 - 09/01 (7)
- 08/18 - 08/25 (22)
- 08/11 - 08/18 (10)
- 08/04 - 08/11 (5)
- 07/28 - 08/04 (3)
- 06/30 - 07/07 (2)
- 06/23 - 06/30 (2)
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Sedih..Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri"