Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Demi maruah adik, ibu

Rompin: Demi mempertahankan nyawa dan maruah ibu serta adik perempuannya, seorang lelaki nekad bertempur dengan dua daripada lima penyamun yang memasuki rumah mereka di FELDA Keratong 5, Muadzam Shah, di sini, hingga cedera parah terkena 11 tetakan di tangan hingga menampakkan tulang, kaki dan perut, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Mohd Arsyad Othman, 26, parah terkena 11 tetakan ketika melawan dengan penyamun bertopeng dipercayai warga asing bersenjatakan dua parang dan tiga kayu.

Difahamkan, ketika Arsyad bertarung dengan dua lelaki terbabit, tiga lagi penyamun mengepung ibu dan adiknya sambil mengawal keadaan.

Melihatkan Mohd Arsyad ditetak berkali-kali, ibunya, Zaharah Bakar, 57, melaungkan ‘Allahuakbar’ kerana tidak mampu berbuat apa-apa apabila dikepung tiga penjenayah bersama anaknya, Nor Adibah, 23.

Foto

MOHD Arsyad ditenangkan Zaharah.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Arsyad berkata, dengan kudrat yang ada dia cuba melawan penyamun terbabit kerana bimbang akan mengapa-apakan ibu dan adik perempuannya.

“Saya yang ketika itu tidur di ruang tamu tersedar apabila mereka memukul belakang saya dengan kayu.

“Selepas itu, saya lihat lima penyamun berada dalam rumah dengan tiga daripada mereka sudah mengepung ibu dan adik,” katanya yang kini stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini.

Mohd Arsyad berkata, seorang penyamun terbabit cuba menetaknya di kepala, namun dia sempat menahan dengan tangan sebelum mencapai sebatang besi dan terus berlawan.

“Tanpa mempedulikan kesakitan, saya melawan walaupun penyamun itu melibas parang berulang kali sehingga mengenai beberapa bahagian badan,” katanya yang bekerja kampung.

“Ketika itu saya hanya terfikir keselamatan ibu dan adik perempuan walaupun nyawa saya jadi taruhan,” katanya yang bekerja kampung.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, melihatkan tindakan agresifnya, penyamun terbabit melarikan diri dan hanya sempat mengambil dompetnya mengandungi wang tunai RM400 dan satu komputer riba.

“Selepas itu baru saya sedar tangan kanan terkena tetakan sehingga nampak tulang dan seluruh badan terasa sakit,” katanya.

Mohd Arsyad berkata, anggota polis yang tiba selepas membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah jam 5 pagi, menemui dompetnya dicampak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

“Namun, wang tunai di dalam dompet itu diambil penyamun, tetapi saya bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.

Menurutnya, ia adalah kejadian kedua selepas kali pertama rumahnya dimasuki penyamun lapan tahun lalu menyebabkan kerugian dianggarkan RM2,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah mengenal pasti penjenayah dipercayai warga asing terbabit.

-Hmetro
16 Komentar untuk "Demi maruah adik, ibu"

Syukur si ibu dapat anak yang soleh

Allahuakbar...sebak & terharu rasa hati bila pemuda nie sanggup bertaruh nyawa demi mempertahankan ibu & adiknya :')

bangga yang dapat anak macam ni :') Sy doakan semoga Mohd Arsyad cepat sembuh...

inilah dikatakan kasih anak pada kluarganya...alhamdulillah

subhanallah, semoga mnjadi pngajarn kpd kita semua... alhamdulillah semuanya selamat... Allahuakbar!!!

Tahniah Arsyad...........jihad tindakan kamu

Ini baru hero sejati tahniah.. Hidup kalu tidak berbakti pada ibu bapa dan keluarga .. Lebih baik mati.

nasib baik da kawen, kalo blom harus aku pi pinang Arsyad ni... =D

Ni baru di iktirafkan hero....sejuk perut ibu yg mengadungkan dan melahirkan, sanggup berkorban dan mempertahan ahli keluarga nye...amiin mudah2an di beri rahmat oleh Allah subhanallah..

Jasamu ALLAH SWT saja y dpt mblasnya, semoga ALLAH selalu merahmati kamu dan juga keluarga mu..Amin

sungguh berat tanggungjawab yg bergelar si abang...bangga dapat anak yg mcm ne..

anak yang berguna utk kluarga .

perbuatan itu amat mulia, semoga para penyamun itu dapat di berkas oleh pihak yg berwajip dgn secepat mungkin, agar tidak akan kejadian ini tidak berulang.

setiap perbuatan ade balasan nye....kepada penyamun karma di janjikan kepada kamu,atas apa yg kau lakukan di muka bumi ini,dan akan kamu terima di muka bumi ini jugak...dan akhirat nti kamu aku menerima hukuman atas kesalahan kamu di muka bumi...kepada mangsa...hikmah yg besar atas ape yang berlaku...akan kamu dapt yang tanpa kamu sangka dn sedar...perbuatan mulya yang kamu lakukn itu adalah tergolong di dalam syurga yg teratas...maka terhapus segala dosa selama ini...kau bgai pewira disisi Nya....amin....

Smoga ALLAH memberi kedudukkan syurga kat die nie
Smpai snggop mngorbankan diri dmi mk die...

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info