Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Rahsia Terbesar Tan Sri Jamalludin Jarjis Yang Tidak Pernah Didedahkan Selama Ini Akhirnya TERBONGKAR !

Untuk sekian kalinya…sejak sekian lama, saya ingin memberitahu…inilah rumah anak yatim di Pulau Nias, Sumatera Utara Indonesia yang dibantu Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis ‘secara senyap-senyap’ sejak hampir 10 tahun lalu.

Saya adalah orang yang akan dihubungi secara direct melalui telefon bimbit oleh Tan Sri untuk membawa sejumlah duit zakat peribadi beliau untuk anak-anak yatim mangsa gempa bumi ini terutama menjelang musim lebaran. Selalunya akan ada dua tiga orang keper…cayaan beliau akan bersama saya dalam setiap misi bantuan ini.
Selain daripada anak yatim mangsa gempa bumi beragama Islam, Tan Sri atas dasar kemanusiaan juga pernah mengarahkan kami menyalurkan sumbangan kepada anak yatim mangsa gempa bumi beragama Kristian di pulau itu.

Kali terakhir saya membawa wang zakat Tan Sri ke sini ialah kira2 empat bulan lepas…dan utk pengetahuan semua, bukan ini saja sumbangannya malah byk lagi terutama di dalam negara tetapi semua dibuat tanpa media dan publisiti.

” Selagi saya hidup tak payahlah cerita benda ni, ” kata beliau. Itu yg sering terngiang di telinga saya sehingga ke hari ini .

Semoga Allah merahmati beliau…Al Fatihah…saya kehilangan kata-kata…

SAK: Tan Sri damailah di sana…hajat dan amanah Tan Sri telah kami tunaikan…doa kami bersama Tan Sri… selamanya..

Nota: Artikel pendek tersebut dipetik dari laman Facebook penulis.

Cerita Saksi Kejadian
SEMENYIH : Seorang saksi yang juga penduduk kampung mendakwa melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini, petang tadi.

Pengawal keselamatan, Roslan Harun, 53, berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 4.30 itu, beliau sedang berehat di rumahnya.

"Mula-mula pak cik dengar bunyi kipas kuat...nampak helikopter meletup dan terbakar di udara. Selepas itu helikopter mula jatuh ke bawah.

"Tiba-tiba, pak cik dengar letupan kali kedua, mungkin waktu itu, ia sudah berada di darat. Hujan juga ketika itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Kesemua mayat mangsa nahas helikopter di sini dikeluarkan dari lokasi kejadian pada kira-kira 11.30 Sabtu malam sebelum terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti identiti.
Isteri, Puan Sri Kalsom Ismail (berbaju kelabu) diiringi anak lelakinya (berbaju biru) dilihat berjalan beredar dari Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur selepas hadir untuk sesi pengecaman jenazah ayahnya yang merupakan salah seorang mangsa nahas helikopter yang terhempas di Kg. Pasir Baru, Semenyih. foto SAFWAN MANSOR. 05 APRIL 2015

Helikopter Langgar Pencawang Elektrik?
KUALA LUMPUR 4 April - Nahas helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) di Semenyih mungkin berlaku akibat melanggar kabel pencawang elektrik sewaktu terbang rendah sebelum terhempas.

Penganalisis penerbangan yang juga bekas Penyiasat Penerbangan Tentera Udara Malaysia (TUDM), Kapten (B) Rahmat Omar berkata, helikopter itu mungkin terpaksa terbang rendah akibat cuaca buruk.

“Saya tidak pasti bagaimana cuaca ketika itu, kalau cuaca buruk, ada kemungkinan juruterbang akan terbang dengan lebih rendah, daripada gambar yang tersiar di laman sosial, kita tidak dapat pastikan helikopter jatuh terkena pokok dan terhempas ke tanah ataupun terhempas di udara lagi.

“Kita tunggu pasukan penyiasat untuk menyiasat pesawat jatuh dari laluan mana dan dari berapa tahap ketinggian,” katanya dalam laporan Astro Awani.

Beliau berkata, selepas siasatan, proses bedah siasat dilakukan bagi memastikan punca helikopter terhempas.

Selepas itu katanya, pihak berkenaan akan mengumpulkan kesemua serpihan helikopter dan juga menyiasat dengan lebih lanjut laluan helikopter semasa jatuh.

“Ruang udara helikopter tersebut terjatuh merupakan tempat latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dan juga dipanggil (simpang), ia merupakan laluan biasa untuk pesawat ringan seperti helikopter.

“Laluan selatan iaitu di sempadan Banting sahaja merupakan kawasan tanah tinggi dan tempat helikopter tersebut terhempas merupakan kawasan yang tidak begitu tinggi,” katanya.- Utusan malaysia
0 Komentar untuk "Rahsia Terbesar Tan Sri Jamalludin Jarjis Yang Tidak Pernah Didedahkan Selama Ini Akhirnya TERBONGKAR !"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info