Xiao Feng dibawa ke hospital selepas perutnya membuncit hingga dia sukar bernafas.
Di samping itu, janin yang dibuang oleh kumpulan doktor berkenaan berukuran 20 sentimeter dan mempunyai tulang belakang lengkap serta tangan dan kaki termasuk jari tangan dan jari kaki.Kembar parasit berkenaan mungkin menjadi bayi lelaki dan sudah memenuhi hampir dua pertiga daripada perut Xiao Feng dan jika tidak dibuang boleh menyebabkan kanak-kanak terbabit mati.
Menurut pakar, kembar biasa terbentuk apabila telur berpecah kepada dua bahagian selepas persenyawaan, manakala kembar siam pula terjadi apabila telur gagal berpecah sepenuhnya.
Sementara itu, pakar neonatologi di Hospital Kanak-Kanak Rainbow di Cleveland, Dr Jonathan Fanaroff berkata, sesetengah kembar siam boleh menjadi parasit, tetapi ia tidak berlaku apabila satu kembar menyerapi pasangannya. - Agensi
0 Komentar untuk "Kanak-kanak dua tahun ‘hamil’"