Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Tolong Hormat Keluarga Dan Bakal Mertua Saya

Penyanyi Farawahida meminta bekas kekasihnya yang merupakan seorang komposer, Julfekar supaya menghormati keluarganya dan bakal keluarga mertuanya.

Sebelum ini, Julfekar dikatakan menulis status yang mengaibkan dirinya di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tanpamu ini bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini selepas tujuh tahun menyulam cinta bersama kekasihnya.

Berkata kepada Harian Metro, Farawahida menjelaskan, “saya sudah dalam proses melangkah ke alam perkahwinan hujung tahun ini. Saya memang tidak mahu cerita-cerita sebegini menganggu hidup saya dan tidak suka dikaitkan dengan dia lagi. Bila keluar cerita-cerita sebegini, saya bimbang boleh mengugat perasaan bakal mertua. Walaupun mereka faham situasi sebenar, tidak mustahil ada saudara mara akan bertanya dan menyebabkan ia jadi serius.

“Saya okey sahaja bila dia kata macam-macam terhadap saya. Bagaimanapun saya memang tidak mahu baca kenyataan dikeluarkannya kerana nanti akan sakit hati. Saya mengelak daripada berjumpa dia di mana-mana kerana nanti akan sakit hati. Saya mengelak daripada berjumpa dia di mana-mana majlis supaya cerita-cerita ini tidak berlaku.

Saya hanya minta satu perkara daripada dia, kalau tidak boleh hormat saya, tolong hormat ahli keluarga dan keluarga bakal mertua saya,” katanya lagi.

Oleh: AUDREY LEE
0 Komentar untuk " Tolong Hormat Keluarga Dan Bakal Mertua Saya"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info