Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Lelaki lemas selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam.

Ledang: Seorang lelaki lemas selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke parit besar di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Sri Jaya, Bukit Serampang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Mohd Fauzi Jamal, 34, memandu kereta Honda Civic berseorangan dipercayai lemas selepas terperangkap di dalam keretanya yang terbalik di dalam parit berkenaan.


Kejadian itu hanya disedari penduduk Felda berkenaan yang kebetulan melalui kawasan itu jam 8 pagi, apabila melihat keempat-empat tayar kereta terbalik ke atas.

Difahamkan, penduduk berkenaan cuba mencari pemandu kenderaan itu di kawasan berhampiran namun gagal menemuinya.Mereka menghubungi polis dan bomba untuk memaklumkan kejadian.---->Hmetro
0 Komentar untuk "Lelaki lemas selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam."

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info