Kenyataan itu membuatkan Fouziah Gous, 30, menyangka lelaki yang dipertemukan dengannya atas urusan perniagaan, kurang siuman.
Walaupun menganggap luahan jejaka yang dikenali sebagai Md Zhafran Md Yusof, 30, sekadar gurauan, jodoh mereka seakan sudah tertulis apabila semakin dijauhi, kelibatnya pula yang sering datang membantu.
"Kebetulan telefon bimbit utama yang memuatkan nombor penting hilang. Tinggal satu lagi telefon yang saya kenal Zhafran saja. Minggu itu memang macam-macam berlaku, termasuk tayar pancit, kereta rosak dan sebagainya.
"Ketika itu, saya nampak Zhafran saja. Dialah penyelamat setiap kali saya dalam kecemasan. Dari situ, saya sedar, dia bukan main-main. Malah Zhafran pernah menyuarakan dia mimpi menikahi saya," katanya selepas majlis pernikahan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, malam kelmarin.
Berwakilkan abang sulungnya, aktres jelita itu sah bergelar isteri pada jam 9.40 malam pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu.
Menerima mas kahwin RM1,112 dan wang hantaran RM50,000, Fouziah turut menerima tujuh dulang hantaran berupa wangian, barang kemas, telekung dan manisan berbalas sembilan dulang. -BH
0 Komentar untuk "Sana-sini Artis: Kenal 4 hari , ajak kahwin"