Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Pelakon popular didakwa ada skandal dengan isteri orang

JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan berusia 56 tahun membuat laporan polis terhadap seorang aktor popular yang didakwa mempunyai skandal dengan isterinya sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, ahli perniagaan berkenaan berbuat demikian selepas dia mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental hingga menyebabkan hubungan dirinya dengan isteri terjejas sehingga dia bertengkar hampir setiap hari.
Lelaki itu yang tinggal di sini juga dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti tersebut yang disifatkan telah mengganggu keharmonian keluarga dan rumah tangganya.

Skandal itu terbongkar apabila ahli perniagaan berkenaan menyemak telefon bimbit milik isterinya pada 7 Ogos lalu apabila terdapat SMS, Instagram dan WhatsApp artis berkenaan yang antara lain mengandungi kata-kata dan gambar lucah termasuk gambar lucah pelakon berkenaan.

-Kosmo
0 Komentar untuk "Pelakon popular didakwa ada skandal dengan isteri orang "

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info