KUALA LUMPUR: Seorang gadis dikesan sengaja menayangkan bahagian sulit tubuhnya kepada pemandu teksi dinaiki sebelum menyamun menggunakan cecair misteri yang sengaja disembur ke muka mangsa.
Tindakan itu menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri lebih dua jam tersedut kimia klorofom didakwa gadis itu cecair membangkitkan ghairah lelaki.
Dalam kejadian terbaru, seorang pemandu teksi dikenali sebagai Abdullah, 68, disamun gadis seksi terbabit yang menahan teksinya berhampiran Old Town, Petaling Jaya, di sini, kira-kira jam 11 pagi, baru-baru ini.
Menurutnya, gadis yang memakai skirt berkenaan dilihat membawa beg bimbit berwarna hitam sebelum meminta dihantar ke Hentian Bas Klang, di sini.
“Gadis berkenaan yang berkulit putih dan mempunyai parut halus di pipi kanan ternyata cukup peramah dan bertanya banyak soalan berhubung kerjayanya sebagai pemandu teksi.
“Pada masa sama gadis terbabit memberitahu bekerja sambilan sebagai penjual ubat kuat khusus untuk menaikkan syahwat lelaki. Pada masa sama, dia mengeluarkan botol kecil seperti minyak wangi yang didakwa ‘berkhasiat' untuk mengembalikan kejantanan lelaki,” katanya.
Menurutnya, dia bagaimanapun menolak tawaran gadis terbabit untuk membeli ubat berkenaan dengan alasan sudah tua dan tidak memerlukan ubat itu.
“Namun gadis terbabit seolah-olah tidak berputus asa dan memujuk saya supaya membeli cecair terbabit yang didakwa hanya perlu disemburkan ke bahagian kemaluan lelaki.
“Dia memberitahu cecair terbabit dijualnya pada harga murah iaitu RM70 berbanding harganya di farmasi atau kedai ubat yang mencecah lebih RM100 sebotol. Namun saya berulang kali menolak tawaran itu,” katanya yang juga bapa kepada enam cahaya mata.
Menurutnya, gadis terbabit yang mungkin mula berputus asa kemudian mengubah tajuk perbualan dengan meminta mangsa meneka sama ada dia masih anak dara atau sudah berkahwin.
“Saya yang enggan menjawab pertanyaan gadis terbabit bagaimanapun terkejut apabila gadis terbabit tiba-tiba menyelak baju dipakainya sambil menunjukkan puting payudaranya kepada saya.
“Tindakan berani gadis terbabit menyebabkan saya terkejut dan memintanya supaya menjaga tertib dan tidak melakukan perbuatan kurang senonoh di hadapan saya,” katanya.
Menurutnya, gadis itu tanpa segan silu menyuruh dia memandang payudaranya dengan mendakwa ia adalah bukti dia masih dara.
“Lebih mengejutkan apabila gadis terbabit dengan beraninya sengaja menunjukkan pusat selain menyelak skirt dipakai bagi menayangkan bahagian sulitnya itu,” katanya.
Menurutnya, tindakan `berani mati' gadis berusia lewat 20-an itu menyebabkan hatinya benar-benar tersentak.
“Ketika itulah gadis terbabit sengaja menyemburkan cecair perangsang seks berkenaan ke arah lubang penghawa dingin teksi saya sebelum bau wangi menyelubungi kereta saya. Tidak sampai beberapa saat selepas itu, kepala saya tiba-tiba berasa berpusing dan mengantuk tanpa diketahui punca.
“Saya rasa berat kepala terpaksa memberhentikan teksi berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar sebelum tertidur dalam keadaan kepala tertangkup pada stereng kereta. Ketika itu saya seolah-olah tidak sedarkan diri dengan apa berlaku dipercayaikesan cecair pelik disemburkan gadis itu,” katanya.
Menurutnya, dia hanya tersedar kira-kira dua jam kemudian selepas terdengar azan Zuhur dari masjid berhampiran.
“Ketika itu gadis terbabit hilang manakala RM70 disimpan dalam poket baju saya hilang. Saya yakin wanita terbabit sengaja membuatkan saya pengsan sebelum merompak.
“Kesan kimia cecair berkenaan menyebabkan saya batuk dan muntah sebelum mengambil keputusan pulang ke rumah di Sungai Buloh di sini. Saya tidak tahu kimia apa digunakan wanita terbabit, mungkin kimia klorofom kerap digunakan penjenayah membuat mangsa pengsan sebelum diperkosa,” katanya.
Dalam beberapa kes sebelum ini, polis turut mengesan cecair diperbuat bahan pengawet dikenali ‘phencyclidine’ untuk mengkhayalkan mangsa sebelum diperkosa.
HM
Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia
2000s
Klik LIKE or UNLIKE Untuk Baca..Jika GAGAL, Refresh dan Cuba Semula..TQ!
Popular Posts
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini...
-
Gambar isteri Bront Palarae yang cun melecun - 31 Ogos 2013 merupakan tarikh keramat bagi pelakon macho Bront Palarae selepas dia kini sah b...
-
Dalam satu video yang dimuat naik oleh Facebook My Media Hub, dia merayu agar gambar MyKad miliknya tidak disebarkan lagi yang kini mencet...
-
Bapa Ini Tidak Pernah Mengakui Benjy Sebagai Anak Kandungnya...Kenali Beliau... Siapa Sebenarnya Bapa Pelakon Yang Enggan Mengaku Anak? S...
-
5 Gambar Lelaki Khunsa, Hafizal Hussain | Kad pengenalan dan beberapa gambarnya seorang lelaki khunsa telah menjadi viral di laman sosial ...
Kategori Berita
Blog Archive
- 04/05 - 04/12 (58)
- 03/29 - 04/05 (27)
- 10/06 - 10/13 (25)
- 09/29 - 10/06 (27)
- 09/22 - 09/29 (16)
- 09/15 - 09/22 (14)
- 09/08 - 09/15 (26)
- 09/01 - 09/08 (28)
- 08/25 - 09/01 (7)
- 08/18 - 08/25 (22)
- 08/11 - 08/18 (10)
- 08/04 - 08/11 (5)
- 07/28 - 08/04 (3)
- 06/30 - 07/07 (2)
- 06/23 - 06/30 (2)
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Waspada gadis tunjuk payudara dalam teksi "