BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.
Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.
Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.
“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.
“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.
“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.
“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.
Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.
Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia
2000s
Klik LIKE or UNLIKE Untuk Baca..Jika GAGAL, Refresh dan Cuba Semula..TQ!
Popular Posts
-
Berita gempar bagi para peminat Ustaz Azhar Idrus selepas beliau difahamkan terbabit dalam satu kemalangan ngeri sekitar pagi tadi di Kamp...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini...
-
Berwajah cantik....maklumlah orang Lubnan.... Nampaknya citarasa Ketua Menteri Sarawak ni bukan pada orang Melayu..... Biodata Puan Sri R...
-
Zizie Ezette, isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar telah mencuri tumpuan para penonton yang menyaksikan ABPBH2014 semala...
-
Sebenarnya 10 nama yang disebut hanyalah segelintir mangsa-mangsa politik Red Bean Army (RBA). Sekiranya hendak disenaraikan kesemua mangs...
Kategori Berita
Blog Archive
- 04/05 - 04/12 (58)
- 03/29 - 04/05 (27)
- 10/06 - 10/13 (25)
- 09/29 - 10/06 (27)
- 09/22 - 09/29 (16)
- 09/15 - 09/22 (14)
- 09/08 - 09/15 (26)
- 09/01 - 09/08 (28)
- 08/25 - 09/01 (7)
- 08/18 - 08/25 (22)
- 08/11 - 08/18 (10)
- 08/04 - 08/11 (5)
- 07/28 - 08/04 (3)
- 06/30 - 07/07 (2)
- 06/23 - 06/30 (2)
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info



0 Komentar untuk "Video aksi panas dua beradik di Butterworth tersebar !"