Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Mamat ke Penjara Hari Ini, Punca Beliau Beli Dadah Guna RM 15,000 Duit Gegar Vaganza

Cepat pula hukuman dijatuhkan terhadap Mamat selepas beliau ditangkap pihak berkuasa minggu lalu kerana disyaki mengambil dadah Amphetamine namun hukuman yang dijatuhkan mahkamah semalam adalah kerana kesalahan yang dilakukan pada tahun 2013.

Mengikut pertuduhan, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu didakwa telah memasukkan dadah jenis Amphetamine ke dalam badannya di sebuah rumah di Kuala Lipis pada 19 Disember 2013 dan ujian air kencing membuktikan Mamat positif dadah tersebut.

Mamat didenda RM4,500 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Raub selepas mengaku bersalah atas tuduhan tersebut namun kerana tidak mampu membayar denda, beliau bakal ke Penjara Bentong untuk lapan bulan menjalani hukuman.

Pada 27 Mac lalu, Mamat sekali lagi ditahan reman oleh Mahkamah Majistret Ampang kerana disyaki mengambil dadah Amphetamine namun belum lagi didakwa atas kesalahan tersebut dan bakal berhadapan denda RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan. (rtky/m)


Satu ketika dahulu, nama Mamat dan kumpulan Exists memang tidak boleh dipisahkan. Lagu “Untukmu Ibu” nyanyian Mamat memang menusuk jiwa. Namun selepas satu persatu masalah yang menimpa Mamat, nama penyanyi itu makin pudar. Kata orang, kalau dah rezeki tak ke mana.

Nama Mamat kembali disebut-sebut apabila mendapat tempat ketiga di dalam program Gegar Vaganza baru-baru ini. Pasti ramai yang terfikir inilah masa yang paling sesuai untuk Mamat kembali menyinar. Namun sayangnya, empunya badan kini hilang entah ke mana.
Antara kisah hitam yang pernah menghantui Mamat ialah kes dadah, kehilangan isteri tercinta kerana kesilapan diri dan beberapa lagi kes yang pernah menggemparkan dunia hiburan satu ketika dahulu. Tidak memikirkan itu semua, komposer merangkap pengurus artis yang bernama Mie Kuarters telah menyelamatkan Mamat dan berusaha keras menaikkan namanya semula. Kemenangan Mamat di Gegar Vaganza adalah salah satu usaha daripada Mie Kuarters. Namun menurut Mie, selepas kejayaan tersebut, Mamat hilang entah ke mana. Kata Mie:-

Duit membuatkannya gelap mata, malah beberapa tawaran persembahan yang sudah diterima terpaksa dibatalkan kerana Mamat tidak dapat dihubungi. Jangan terlalu hidup dibayangi populariti kerana tidak selama-lamanya kita akan berada di atas. Mamat sepatutnya belajar daripada kesilapannya dan tidak mengulangi apa yang pernah dilaluinya.

Sepanjang setahun, sebelum muncul tempat ketiga Gegar Vaganza, Mamat menunjukkan displin yang baik. Namun semua berubah apabila wang berada dalam genggamannya. Saya marah kerana tindakan tidak matang Mamat membuatkan beberapa perancangan terganggu.

Saya memberinya bunga, tetapai Mamat meninggalkan ‘tahi’ yang membuatkan saya begitu kecewa.
Sedih juga membaca keluhan Mie Kuarters ini. Iyerlah, penat kita berusaha nak pulihkan seseorang, tengok-tengok ini balasannya. Kalau tahu dari awal jadi begini, memang confirm buat tak tahu je. 

Apa pun diharap Mamat tidak menggunakan wang kemenangannya itu untuk kembali melakukan aktiviti lampau. Insaflah. Bukan senang peluang kedua sebegini hadir. Kalau kita taknak berubah, takkanlah orang lain mampu nak ubah diri kita. Tak gitu? Sumber Berita Harian.
0 Komentar untuk "Mamat ke Penjara Hari Ini, Punca Beliau Beli Dadah Guna RM 15,000 Duit Gegar Vaganza"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info