Sejak mula ditayangkan diseluruh dunia, filem terbaru dari antara franchais filem paling berjaya pernah dihasilkan, Fast & Furious 7 terus menjadi topik perbualan ramai khususnya peminat filem ini.
Antara yang hebat diperkatakan adalah penampilan Paul Walker di dalam filem terakhir lakonan aktor tersebut sebelum meninggal dunia dalam kemalangan pada November 2013. Ketika itu Paul baru sahaja dua bulan berada di lokasi namun filem ini masih mampu dihabiskan.
Sebenarnya proses menghidupkan semula Paul Walker telah melibatkan beberapa pelakon pengganti. Antara yang terlibat adalah dua orang adiknya, Caleb Walker untuk meniru gerak tubuh Paul, manakala Cody Walker untuk mendapatkan renungan dan bentuk muka Paul.
Tidak cukup dengan itu, terdapat dua lagi orang yang diminta untuk menjadikan Brian O’Connor masih lagi ada dan tidak meninggalkan kumpulan yang menggilakan dunia automobil dan permotoran itu. Teknik CGI turut membantu merealisasikan Fast Furious 7 dengan kehadiran Brian O'Connor.
Dalam pada itu, filem berkisarkan dunia automobile yang juga mengikuti trend semasa permotoran dunia ini juga menampilkan Vin Diesel yang bertindak sebagai penggerak utama kepada kumpulan ini.
Difahamkan untuk filem ketujuh ini sahaja sebanyak 230 buah kereta telah musnah atau tidak boleh diselamatkan lagi. Ia lebih banyak khabarnya daripada siri sebelumnya diaman mereka telah menghancurkan sebanyak 25 kereta setiap hari penggambaran.
Namun tidak dinyatakan pula jumlah yang terpaksa ditanggung pembikin filem ini mengenai kos mereka untuk memusnahkan sebanyak 230 buah kereta demi menjayakan filem ini.
Vin Diesel dalam sebuah temuramah berkata bahawa dia berharap filem ini akan tercalon untuk kategori Filem Terbaik atau Best Picture di Oscars akan datang. Tetapi jika ia tidak berlaku, Fast & Furious & pasti akan menjadi filem yang paling mengharukan untuk cerita bergenre aksi sebegini.
Sumber : murai
Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia
2000s
Klik LIKE or UNLIKE Untuk Baca..Jika GAGAL, Refresh dan Cuba Semula..TQ!
Popular Posts
-
Gambar Ozlyn selamba tayang paha gebu, Johan Raja Lawak dikecam cium mulut Ozlyn Di ABPBH 2014 | DJ radio dan pelawak terkenal, Johan Raja...
-
Berita gempar bagi para peminat Ustaz Azhar Idrus selepas beliau difahamkan terbabit dalam satu kemalangan ngeri sekitar pagi tadi di Kamp...
-
Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang ...
-
Membaca tajuk di atas pasti ramai yang merasa hairan dan pelik bukan? Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba Lisa dikatakan meninggalkan suami ...
-
Dua bulan lalu, nama Shila Amzah telah dikritik dan dikutuk peminat kerana memuatnaik sekeping gambar dirinya berpakaian sukan ketat hingga ...
Kategori Berita
Blog Archive
- 04/05 - 04/12 (58)
- 03/29 - 04/05 (27)
- 10/06 - 10/13 (25)
- 09/29 - 10/06 (27)
- 09/22 - 09/29 (16)
- 09/15 - 09/22 (14)
- 09/08 - 09/15 (26)
- 09/01 - 09/08 (28)
- 08/25 - 09/01 (7)
- 08/18 - 08/25 (22)
- 08/11 - 08/18 (10)
- 08/04 - 08/11 (5)
- 07/28 - 08/04 (3)
- 06/30 - 07/07 (2)
- 06/23 - 06/30 (2)
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info




0 Komentar untuk "230 Kereta Musnah Untuk Jayakan Furious 7"