Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, kereta PROTON Waja yang dipandu ibu mangsa terbabas, terjunam dalam sungai. Ibu mangsa berusia 29 tahun dan neneknya pulak berusia 62 tahun.
Mereka dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kereta, manakala kanak-kanak terbabit yang tercampak keluar dibawa arus sungai sebelum ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dua jam kemudian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki tiga sekeluarga itu hilang kawalan sebelum terbabas merempuh penghadang jalan.
----> Hmetro
0 Komentar untuk "‘Tiga generasi’ mati lemas"