Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Sampai hati ustaz!

Petaling Jaya: “Sampai hati ustaz!”. Itu luahan seorang pelajar sebuah sekolah tahfiz yang terpaksa menjalani pembedahan di paha kiri dan terlantar di hospital sejak 10 hari lalu akibat dirotan guru agamanya.

Muhamad Faiz Mohd Sharol, 14, yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Jengka, Pahang, berkata, dia dirotan 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh kerana gagal menghafal suku kata Bahasa Arab.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 17 dan 18 September lalu, namun dia hanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini, pada 28 September.

Foto

“Pada 17 September, saya dirotan sebanyak enam kali kerana kesalahan itu dan keesokannya saya dirotan lagi sebanyak sembilan kali,” katanya ketika ditemui Harian Metro di hospital, semalam.

Muhamad Faiz berkata, ustaz berusia 30-an itu merotannya dalam sebuah bilik sambil disaksikan rakan dan dua guru lain.
17 Komentar untuk "Sampai hati ustaz!"

ini yang buat anak2 fobia...

ape la zalim sgt smpi wat cmni..cmni ke cara nak mengajar?

dalam islam tidak mengajar menggunakan kekerasan..

cikgu bangla?!

Dah tak ada ustaz anak watan untuk mengajar ke? Saya fikir ustaz Bangla tu tidak mengikut sifat akhlak Rasulullah. Mendidik tidak dengan hikmah. Itu bukan pukul itu Suatu Penderaan.

Bangladesh ni patut 'dilupus' aja. Xabis2 honar dibuat oleh pendatang Bangladesh. Yg jd ustaz pun persis syaitan?

gila punyer cikgu

memang gila pun

entah pe nk jadi

ini ustaz kincin bole,vara tabole...mcmna leh jd pengajar..

tuh la sikit punyer pasal jer ,tpi sampai nk rotan ank org sampai cam tuh sekali nper??/

ini namanya bangla tibai melayu

Kalau ye pun merotan jgnlah sampai nak membunuh. Ni dah zalim & kes aniaya ni. Kesian budak tu.

Apalah punya zalim ustaz tu. Kot ye pun jgnlah sampai nak membunuh. Ni dah menganiaya murid.

mcm sekarang ni cikgu bukan nak mengajar budak jadi pandai, tp ramai yang ajar budak jadi gengster...

sekolah swasta kan? saman jer, kuang hajo punye bangla...

This comment has been removed by the author. - Hapus

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info