Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Dirempuh Abang Sendiri

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.

“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.”

Foto

Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.

Harian Metro
4 Komentar untuk "Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Dirempuh Abang Sendiri"

takdir tersurat dan tersirat......

sorry to say, kalau aku x boleh terima dah anak mcm ni. memang halau terus hantar kat indon buang anak

anak y drive tu 4 thn je..xboleh wat pe..belum tahu baik buruk..xde ape y bole dibuat..Redha je la..

bodonya statement org jahil mcm din7077 tu..ko dah knpa nak mghukum budak yg belum cukup akalnya tu..orgtua pun boleh berlaku hal yg sama pd anak2..nama pun kemlangan..qada dan qdar la tuu

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info