Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila–Amy Search

Berikutan kejadian kemalangan jalanraya yang melibatkan pelakon Nabila Huda iaitu kepada anak penyanyi rock terkenal tanahair, Amy Search memberitahu bahawa dia hanya mengetahui tentang kejadian itu selepas dihubungi oleh rakan Nabila.
ohartis-amysearch-nabilahuda-1
“Sebaik saja selepas menerima panggilan dari kawan Nabila, barulah saya terima panggilan daripada Nabila sendiri. Kalau nak tahu, saya baru saja pulang dari hospital untuk melawat mereka.
“Keadaan buat masa sekarang semuanya tenang. Nabila hanya cedera ringan, tetapi cucu saya, Keisha Laila ditahan di dalam wad kerana dia perlu menjalani X-tray kerana tangan kirinya retak.
“Sewaktu kemalangan, saya diberitahu bukan Nabila yang memandu sebaliknya kawan Nabila, Syazwan yang memandu kereta tersebut,” kata Amy.
Ditanya tentang status yang dikeluarkan bekas menantunya iaitu Eddie di laman sosial Twitter, Amy nampaknya lebih memihak terhadap komen yang ditulis bekas suami Nabila itu.
“Kalau saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja. Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila sebelum ini, pernah bawa Keisha ke tempat kerja atau pun tidak.
“Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada. Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara. Apapun ini adalah peringatan buat penjaga itu sendiri.
“Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila,” jelas Amy yang amat risau keadaan cucunya itu.
OHARTIS: SEMOGA ALLAH BUKAKAN PINTU HATI NABILA HUDA UNTUK MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK DISISI ALLAH.
1 Komentar untuk "Ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila–Amy Search"

bongok,,x paham pebende yg nk di bgtau?????????

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info