Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Rudy (Kristal) Di Arah Serah Diri Ke Balai Polis?

Rody, Gitaris kumpulan Kristal telah di arahkan menyerah diri ke Balai Polis berdekataan atas dakwaan menyamar dan menipu duit orang ramai. Rody yang dituduh menipu beberapa individu dengan cara menjual gadjet jenama Samsung melalui online dan kononnya hasil jualan gadget tersebut akan disumbangkan kepada sebuat acara amal yang dianjurkan oleh Samsung dan Kumpulan Kristal.

ohartis-rody-kristal-serah-diri-ke-balai-polis

Rudy yang dihubungi untuk mendapatkan pengesahan tentang berita itu menceritakan semuanya;

“Saya dapat panggilan telefon dari seorang Inspektor. Dia arahkan saya menyerah diri. Kalau tidak, katanya dia sendiri akan datang ke rumah dan menangkap saya. Saya pun terkejut sebab saya tak tahu apa salah saya. Kemudian inspektor tu marah saya, dia kata dah lah saya menipu, lepas tu ‘lalok’ pulak. Lagilah saya terpinga-pinga. Tak pasal-pasal saya dituduh lalok?”, cerita Rody.

Menurut Rody pada mulanya dia tidak menghiraukan arahan pegawai polis tersebut kerana dia tidak bersalah namun keadaan menjadi rumit apabila hal tersebut sampai ke pengetahuan bapanya dan atas nasihat ahli kumpulan bandnya dia pergi juga ke balai dan memberikan kerjasama.

“Pada mulanya saya memang tak mahu ke balai polis sebab petang tu saya bersiap nak pergi menyaksikan konsert Metallica. Tapi Inspektor tersebut menelefon bapa saya. Bapa saya telefon saya dan mengamuk suruh saya ke balai. Sampai di balai saya terus di soal siasat. Saya siap tunjuk tiket Metallica lagi pada polis tu, bukti yang saya nak ke konsert.

“Rupanya baru saya tahu yang ada individu lain menyamar sebagai saya. Individu tersebut telah menjaja nama Samsung dan nama Kristal. Dia telah menjual 3 tablet Samsung dengan harga RM1700 kepada seorang mangsa penipuannya dengan alasan hasil jualan tersebut untuk acara amal anjuran kami dan Samsung. Ikut logik mana ada orang jual tiga gadget sekaligus dengan harga sebegitu.

“Saya difahamkan kalau saya tak serah diri, mangsa tersebut juga mahu mendedahkan perkara ini kepada pihak media. Sejujurnya saya memang tak pernah jual apa-apa barang. Tak pernah pula kami (Kristal) rancang nak buat apa-apa acara dengan Samsung”, katanya.

Rody juga turut membuat laporan polis untuk membersihkan namanya kerana sememangnya dia menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab menyamar mengunakan identiti dirinya.

” Ini pertama kali saya berdepan dengan tuduhan sebegini. Saya tak tahu dan tak syak siapa-siapa yang nak aniaya saya. Orang ramai pun di harap jangan lah mudah percaya walaupun didatangani individu yang mengenalkan diri mereka sebagai artis, apa lagi nak jual barang.

“Saya harap hal ini akan selesai segera. Saya pun dah buat laporan polis. Sekarang ni tengah tunggu siasatan polis”, katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang.

- OhArtis.Com
0 Komentar untuk "Rudy (Kristal) Di Arah Serah Diri Ke Balai Polis?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info