Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Cermin diri dulu Rita, kata Zaquan

MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.

Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.

“Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.

“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka,” kata Zaquan.

Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media.

Rita Rudaini

“Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. “Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku,” tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama.

Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.

“Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi,
Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.

" Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand.

Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?,” ujarnya.

Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.
15 Komentar untuk "Cermin diri dulu Rita, kata Zaquan"

Zaquan x rasa ape yg rita rasa,,agaknya ko pon akn buat cmtu kt ayu bla da x ske nt,,,mmg cetek ilmu la ko ni

caci maki kutok..tu lah laki yg ko kawin...tepok sebelah tgn xkn bebunyi sampai ke thailand...lebih baik masing2 muhasabah diri dekat mne kite yg kurang...dok payah lah cite aib memasing kt org..wat malu je dowh...

Sabar la kak rita..suatu hati nanti mesti tuhan akan blas segala nya..biar diorg rasa apa yg k.rita rasa selama ni..allah maha kaya..

Lebihlh kembar 2 org ni si aidil dn zaquan....nk glamer je lebih...dayussss

Benci tgk si kembar aidil dn zaquan...main bola pun lebih je....glamer lebih....

Kita owng luar x th mn yg btl dan mn yg slh..cuma mereka saja th..kita nie cuma blh dgr...kita x blh slh kn mn2 phak..sbb kita x th apa kebenaran nya..

susah jadi artis ni..

kali dah msk dunia artis, kne pandai jge diri. x perlulah nak menagih simpati pd peminat yg awk tu sedih sgt. bila jd artis, semua org nak tau hal awk, jatuhkan maruah, jatuhkan karier awk, dan sebagainya. bg yg kawin dgn org biasa, pandai2 lah jge perasaan mereka. awk berlakon, bergambar dengan orang yg bukan muhrim. mne suami x cemburu, segan, risau segalanya..... especially yg pemain bola. isteri kne paham, si suami juga cri suit mkn, utk awk dan anak2. bukan utk maen prpn. mereka bukannya org dr negara barat yg x tau ajaran Islam. Next time, jumpa ustaz dan ustazah, bagaimana nak menjaga rumahtangga, bukan menjual masalah rumahtangga. gnekan akal yg Allah dah beri dgn sebaik2nya.

Bagi aku la..ni rumah tgge rita n aidil sptutnya zaquan xyah msuk cmpor.. Name po hal laki bini.. Dorg nk publish kt media ke buat confrence ke lantk la.. Tgu je la kptusan akhir dorg.. Mnde ni da di tetapkan.. Sbb tu jdi.. Klu masing2 btul xde la pghujungnya.. Ptut pikir jugk la aidil tuh.. Dia mcm byk diam sdgkn kmbr dia lak lebih..sakit hati mmbce. Nseb baik ak tkg bce je.. :) btw bg la laki bini stle. Adik kmbr ke makayah ke tkyah semak2. Burukkn keadaan. Ade akal diirg ok la. Klu x, xkn la smpai ke thailand nikahnye pon kan..

jagalah umahtangga masing2dia org tahulah dia suami isterimngapa pulak org lain yg beria sgt,cam zakuan pulak laki rita aphal.....

Yang korang poyo sgt apesal...semua di atas kena muhasabah diri....kembali pd yg asal.ukur baju d badan sendiri...watever klu x de bdk kembar mmg kena blasah la harimau malaya itu hari.haha

ada hikmah di sebalik kejadian

betul jgk kata rita bila dh suka snggp kwin lari tp bila dah tak suka cerai pun senang pakai sms je.. dah tak suka anak org cerai baik2 bukan main sms je sedap sesuka hati.

Semua ni da ketentuan tuhan...jodoh ade tp x panjang..mungkin kedua2 pihak bole ambil ni jdk pngajaran utk mnjd yg lbh baik d masa hdapan. Rita sndr x nmpk ke knpe sume ni brlaku?allah beri peluang utk rita dkt dgn dye..ambk peluang ni..jdk la muslimah sejati..insyallah hati akn tenang dn problem pn selesai...sy brckp melalui pngalaman yg kurang lbh sprt rita...tp bks suami sy x la seteruk tu.

eiiiii menyampah pon ad nan minah nie.... dlu aq minat jgk kat minah nie selepas tgk sehangat asmara tp bila asyik nak tunjuk dy jewk yg baek dy jewk yg betol dy jewk pandai jge anak dy lhaaa segala2nya aq dhaaa mula menyampah... hurmmmmmmm asal lhaaa ko x berdiam jewk n klo nak kecoh sekalipon xyah lhaaa smpai 1 malaysia thu kisah korang....naek meluat thu x... dlu ko pon sme jewk lhaaa nan aidil uh time suka sanggup ikot jewk ap aidil uh nak, ap aidil uh cakap, ko xyah nak salahkan aidil sorang jewk lhaaa... ko uh pon kena muhasabah diri ko uh mentang2 ko dhaaa bole jdik ibu yg sebenar2 ny ibu ko rse ko hebat lhaaa??? huhhhh

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info