Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Nahas bas: 37 penumpang termasuk pemandu maut

KUALA LUMPUR - Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands hari ini.
 
Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid.

Bas Genting
 
Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh, Thailand dan China.
 
Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat  di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

 
Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Nahas bas di Genting: 37 disahkan mati, 24 lelaki, 13 wanita

Kira-kira 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian.
 
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian.

 
Soiman berkata punca kemalangan belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.
 
"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya. - Bernama
6 Komentar untuk "Nahas bas: 37 penumpang termasuk pemandu maut"

cabel pun xleh, bus pun xleh, genting memang tempat yang indah tapi risikonya terlalu tinggi. setelah sekian lama kini dudah ada tragedi yg sgt menyedihkan

Al-fatihah tuk mangsa y t'bunuh..

Kalu cam ni nak naik genting jln kaki jor selamat agaknyer...

al-fatihah so sad.. this tragedi 21/8/2013...

This comment has been removed by the author. - Hapus

sy pnh naik kereta kabel di genting .. klau di nilai secara menyeluruh,tahap keselamatan kereta kabel tersebut sangatlah merbahaya ! sy pnh mendengar beberapa pengunjung yg selalu bercerita,kejadian kereta kabel putus jatuh ke gaung tlh terjadi sbnyk 2 kali !! namun perkara ini tidak di dedahkan secara meluas kpd rakyat malaysia khususnya ! belum lg kejadian rogol dan bunuh pnh terjadi sekitar bulan jun 2013 juga tidak di laporkan kata seorg pemandu teksi yg sy temui!! sy hrp pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya dlm menangani kejadian begini ..

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info