Malaysia Variety

Berita Sana-Sini Malaysia Dan Dunia

Kemalangan Dahsyat Kakitangan TNB di Kulim Kedah

Maklumat lengkap yang Berita Semasa terima. Yang mana telah berlaku kemalangan dahsyat di Kulim Hi-Tech Park, Kulim Kedah. Lokasi kemalangan terletak berdekatan dengan Kilang Saint Gobain dan First Solar. Yang mana mangsa terlibat dalam kemalangan ini adalah terdiri daripada kalangan kakitangan TNB (Tenaga Nasional Berhad) sendiri. 5 orang kakitangan TNB kesemuanya.
Kemalangan ini agak teruk sehingga menyebabkan tiang lampu jalan bersekali dengan bongkah batu foundation pun boleh tercabut sama dan dalam pada masa yang sama mangsa-mangsa telah tercampak keluar. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaannya. Ramai yang mengatakan kereta telah dipandu laju.
Berita Semasa dimaklumkan mangsa telah dimasukkan ke ICU. Kemalangan yang berlaku pagi tadi berpunca kereta mangsa yang gagal dikawal telah berpusing dan melanggar tiang lampu.
Gambar Kemalangan Kulim
Gambar Kemalangan Kulim 4
Gambar Kemalangan Kulim 7
Gambar Kemalangan Kulim 5
-Berita Semasa .Com 
1 Komentar untuk "Kemalangan Dahsyat Kakitangan TNB di Kulim Kedah "

Ya Allah..ngerinya..sedih sgt tgk keadaan mangsa..

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info